MPro Pet ialah pusat penjagaan kucing eksklusif yang berpangkalan di Changkat Jering, Perak. Ditubuhkan pada 2022, kami menyediakan perkhidmatan profesional termasuk grooming, hotel kucing, cat sitting, cat taxi, dan rekaan sangkar custom-made.
Diasaskan oleh Aiman Haziq bin Roslan, seorang pencinta kucing dan pereka pentas berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Teater (Sinografi), MPro Pet menggabungkan seni, fungsi, dan kasih sayang dalam setiap perkhidmatan. Fokus utama kami adalah kesejahteraan, keselesaan, dan kebahagiaan kucing, sambil memberikan pengalaman yang tenang dan dipercayai kepada pemilik.
Menjadi peneraju perkhidmatan penjagaan kucing yang berjiwa seni, mesra haiwan, dan dipercayai di Malaysia, di mana setiap kucing dilayan dengan kasih sayang, keselesaan, dan keunikan yang mereka layak terima
Memberi penjagaan kucing berkualiti, selamat & penuh kasih.
Menyediakan grooming, hotel, cat sitting & cat taxi yang profesional.
Menghasilkan sangkar eksklusif yang seimbang antara estetik & fungsi.
Mendidik pemilik kucing tentang penjagaan bertanggungjawab.
Menjadi penyedia servis dipercayai dengan integriti & komitmen tinggi.