CAT HOTEL
MPro Pet menawarkan perkhidmatan penjagaan kucing yang selamat, bersih dan selesa ketika anda tiada di rumah. Setiap kucing ditempatkan dalam persekitaran yang tenang dan terjaga rapi dengan pemantauan harian, makanan mengikut rutin serta penjagaan kebersihan yang konsisten. Kami mengutamakan keselesaan dan kesejahteraan si manja supaya mereka bebas stress dan merasa seperti berada di rumah sendiri. MPro Pet bukan sekadar tempat penginapan tetapi ‘rumah kedua’ yang penuh perhatian dan kasih sayang untuk kucing kesayangan anda.
The best prices of hotel
Peraturan Hotel Kucing
- Kucing yang dihantar ke hotel mestilah telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.Â
- Kucing yang mempunyai vaksin lengkap (FVRCP & rabies) akan diberi keutamaan dari segi keselamatan dan keselesaan.
- Setiap kucing akan diberikan waktu bermain (playtime) 10–15 minit sehari, bergantung kepada keadaan kesihatan dan tahap keselesaan kucing.
- Kucing mestilah bebas daripada kutu, cacing dan sebarang penyakit berjangkit. Pemeriksaan ringkas boleh dilakukan sebelum kemasukan hotel.
- Pihak hotel berhak menolak kemasukan kucing yang menunjukkan tanda-tanda sakit seperti selsema, cirit-birit, luka terbuka atau masalah kulit yang serius.
- Pemilik perlu memaklumkan sebarang sejarah kesihatan, alergi atau tingkah laku khas kucing sebelum check-in.
- Makanan boleh dibawa sendiri atau menggunakan makanan yang disediakan oleh pihak hotel (mengikut pilihan pelanggan).
- Sebarang ubat-ubatan perlu disertakan dengan arahan yang jelas daripada pemilik.
➤ Caj tambahan ubat bermula RM5 sehari untuk seekor kucing (bergantung kepada keperluan dan jenis ubat). - Kebersihan sangkar dan kawasan hotel akan dijaga setiap hari bagi memastikan keselesaan dan kesihatan kucing terjamin.
- Pihak hotel mengutamakan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan kucing sepanjang tempoh penjagaan
Waktu operasi kedai: 10:00 pagi – 6:00 petang
Waktu check-out: sebelum 12:00 tengah hari atau selewat-lewatnya sebelum 1:00 petang.
➤ Jika check out melebihi waktu 1:01 petang – 6:00 petang, caj tambahan RM5 akan dikenakan.
Penghantaran atau pengambilan kucing di luar waktu operasi akan dikenakan caj tambahan bermula RM15 bergantung pada waktu