Bagaimana seorang pereka pentas profesional menjadi pengasas petshop?

MPro Pet ialah pusat penjagaan kucing eksklusif yang berpangkalan di Changkat Jering, Perak. Ditubuhkan pada 2022, kami menyediakan perkhidmatan profesional termasuk grooming, hotel kucing, cat sitter, cat taxi, dan rekaan sangkar custom-made 

Diasaskan oleh Aiman Haziq bin Roslanp atau dikenali Jik Kucing, seorang pencinta kucing dan pereka pentas berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Teater (Sinografi) Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Perdana yang juga memiliki kemahiran tinggi dalam pertukangan kayu. Beliau juga seorang pencinta kucing sejati yang memahami secara mendalam tingkah laku, keperluan dan emosi kucing. Gabungan unik antara seni, fungsi dan kasih sayang terhadap haiwan menjadikan setiap perkhidmatan yang ditawarkan bukan sekadar praktikal tetapi juga penuh jiwa dan keprihatinan. Dengan CGPA 3.48 bermula sebagai pereka pentas lakonan dan kini berkembang sebagai pereka sangkar kucing serta pelbagai rekaan kreatif lain. Menggabungkan elemen seni, kefungsian dan ketelitian dalam pertukangan kayu bagi menghasilkan rekaan yang unik, praktikal dan berkualiti tinggi direka khas untuk keselesaan serta keperluan sebenar.

MPro Pet menggabungkan seni, fungsi, dan kasih sayang dalam setiap perkhidmatan. Fokus utama kami adalah kesejahteraan, keselesaan dan kebahagiaan kucing sambil memberikan pengalaman yang tenang dan dipercayai kepada pemilik.

“Sentuhan Tukang, Sentuhan Kasih”

Ceramah jemputan bertempat di UITM Puncak Alam "Bagaimana Usahawan Kreatif Menjana Pendapatan Lumayan"

Menerima Geran Usahawan Perak (GeRAK) sebanyak RM2,000 daripada Menteri Besar Perak YAB Dato’ Seri Saarani Bin Mohamad

Visi

Menjadi peneraju perkhidmatan penjagaan kucing yang berjiwa seni, mesra haiwan, dan dipercayai di Malaysia, di mana setiap kucing dilayan dengan kasih sayang, keselesaan, dan keunikan yang mereka layak terima

Misi

  1. Memberi penjagaan kucing berkualiti, selamat & penuh kasih.

  2. Menyediakan grooming, hotel, cat sitting & cat taxi yang profesional.

  3. Menghasilkan sangkar eksklusif yang seimbang antara estetik & fungsi.

  4. Mendidik pemilik kucing tentang penjagaan bertanggungjawab.

  5. Menjadi penyedia servis dipercayai dengan integriti & komitmen tinggi.

Nilai Teras

Kualiti

Kreativi

Integriti

Mesra Haiwan

Ketelusan

Scroll to Top